Home » » Cerekarama Maafkan Aku TV3, 28 Julai 2012, 10.00 mlm – 12.00 tghmlm

Cerekarama Maafkan Aku TV3, 28 Julai 2012, 10.00 mlm – 12.00 tghmlm

Zahiril Adzim: Cerekarama Maafkan Aku

Sinopsis Cerekarama Maafkan Aku

Cerekarama Maafkan Aku mengisahkan Firdaus Hazadi ditangkap atas tuduhan mencuri di Madrasah Murafah hingga seluruh warganya menjadi riuh rendah.

Walaupun ada kemungkinan Firdaus dianiayai rakan sebiliknya, Zarul, dia telah dihukum tanpa usul periksa. Pakaian Firdaus telah ditanggalkan, diikat dan dipukul dengan cemeti sebelum dibuang dari Madrasah Murafah. Ahli keluarganya juga tidak mempercayainya kecuali adiknya, Amani.

Kecewa dengan tindakan ahli keluarganya, Firdaus bertindak meninggalkan rumah untuk mencari ketenangan. Akibat tertekan, Firdaus terjebak dengan kegiatan mencuri dompet. Satu hari, Firdaus telah mencuri beg kepunyaan Marya. Cerekarama Maafkan Aku

Alangkah terkejutnya apabila gambar sahabatnya, Zahrul ada dalam isi dompet tersebut. Rupa-rupanya Marya Khuraisha merupakan teman wanita Zahrul sedangkan Zahrul sudah bertunang dengan Natasya. Dendamnya terhadap Zahrul belum terbalas.

Akhirnya Firdaus nekad ke rumah Marya di Villa Amrila berdasarkan alamat yang terdapat dalam dompet yang dicurinya. Insiden silap nombor rumah telah membawa Firdaus berjumpa dengan Haji Habsyi yang sangkakan Firdaus ialah ustaz yang datang untuk mengajar cucunya. Apakah yang akan berlaku seterusnya dalam cerekarama Maafkan Aku ini?

Pelakon Cerekarama Maafkan Aku: Syazwan Zulkifly, Zahiril Adzim, Datuk Rahim Razali, Rosnah Johari, Nora Danish, Hisham Ahmad Tajuddin, Maisarra Syahirah

Pengarah Cerekarama Maafkan Aku: Raja Ahmad Alauddin

Penerbit Cerekarama Maafkan Aku: Primeworks Studios





Watch Cerekarama Maafkan Aku Online


Share this video :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Internet Radio | TV - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger