Home » » Cerekarama Jidin Puasa Lagi TV3, 4 Ogos 2012, 10.00 mlm – 12.00 tghmlm

Cerekarama Jidin Puasa Lagi TV3, 4 Ogos 2012, 10.00 mlm – 12.00 tghmlm

Sinopsis Cerekarama Jidin Puasa Lagi

Cerekarama Jidin Puasa Lagi mengisahkan kedatangan Ramadan sering kali menerbitkan rasa gembira kepada Jidin yang berusia 10 tahun dan ahli keluarganya termasuk ibu, kakak dan abangnya.

Mereka sekeluarga menganggap bulan Ramadan sebagai bulan yang penuh dengan keuntungan dan kemewahan. Bagi Jidin, dia mempunyai tiga sebab mengapa dia menantikan Ramadan.

Pertama, Jidin akan mendapat upah RM 5 setiap kali dia dapat menghabiskan puasanya.

Kedua, dia dapat menikmati juadah yang disukai untuk berbuka puasa.

Ketiga, dia pastinya akan mendapat baju dan kasut raya. Bahkan, Jidin turut menyediakan pelan ‘B’ jika dia tidak dapat menghabiskan puasa.

Dalam Cerekarama Jidin Puasa Lagi, satu hari, Jidin telah ditangkap oleh Pak Ali, tukang sapu sekolahnya kerana mencuri makanan di belakang stor sekolah. Jidin merayu kepada Pak Ali supaya tidak memberitahu ibunya dan sedia menjalani hukuman dimana dia akan datang awal pagi untuk membantu Pak Ali menyapu sampah sebelum kelas bermula. Sejak itu, Jidin dan Pak Ali menjadi rapat. Jidin banyak mempelajari perkara tentang hikmah bulan Ramadan daripada Pak Ali. Jidin mula berubah dan berdakwah secara halus memujuk ahli keluarganya untuk mengejarkan solat tawarih di surau setiap malam. Berjayakah Jidin?

Pelakon Cerekarama Jidin Puasa Lagi: Ahmad Daniel, Fazlina Dato’ Ahmad Daud, Syera Ayob, Izzue Islam, Harun Salim Bachik

Cerekarama Jidin Puasa Lagi, 4 Ogos, 10.00 mlm – 12.00 tghmlm



Watch Cerekarama Jidin Puasa Lagi Online




Share this video :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Internet Radio | TV - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger