Home » » Mana Hilangnya Juwita? lakonan Erra,Umi Aida,Lisa Surihani

Mana Hilangnya Juwita? lakonan Erra,Umi Aida,Lisa Surihani



Sinopsis Mana Hilangnya Juwita?

Mana Hilangnya Juwita? menceritakan tentang seorang gadis kampung bernama Anggun yang berusaha mencari adiknya yang hilang,Juwita sehingga sanggup datang ke Kuala Lumpur setelah beberapa hari tidak dapat dihubungi.

Namun dalam perjalanan mencari adiknya, dia menemui pelbagai halangan sehingga membawa dirinya ke Balai Polis.

Setelah merasakan kesukaran tersebut, dia bertindak meminta pertolongan bekas kekasihnya Haider untuk menjejaki Juwita.

Pencarian Anggun secara tidak langsung telah meletakkan Anggun di dalam satu kelompok manusia penuh glamor, tetapi mampu membawa bahaya dan padah sekiranya dia tersilap langkah

Drama aksi 15 episod arahan Joeza Rasidi terbitan produksi Padi Pictures Sdn Bhd yang berinspirasi dari kisah penculikan ini menggandingkan tiga aktres terbaik iaitu Erra, Lisa Surihani dan Datin Paduka Umie Aida.
Share this video :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Internet Radio | TV - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger