Home » » Hoore Hoore

Hoore Hoore

Watch Hoore Hoore




Sinopsis filem Hoore Hoore

Filem Hoore Hoore mengisahkan seorang wanita Nurul Iman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi hati baik. Namun begitu, ciri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Iman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan. Mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia, dan ayahnya bernama Hairil. Nenek Iman bernama Nenda Zaimah dan tinggal bersama mereka.

Di sekolah Iman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Iman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang cantik dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Iman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid.

Pada masa yang sama, Iman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Idola yang dianjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Iman juga menyertai pertandingan itu, pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Iman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang dingin akan niatnya itu.

Pelakon Hoore Hoore :Akim, kilafairy, Nurfarah Nazirah, Harun Salim Bachik , Adibah Noor, Sahronozam Noor, Aznil hj Nawawi, Fauziah Nawi, Nur Shazwana, Afi Faris, Shahila Shariff, Syafiqah Md. Jemey, Mohamad Nabil, Mohd Faiz

Filem muzikal Hoore Hoore menggunakan rangkaian lagu-lagu popular beliau. Kesemua lagu ini mendapat sentuhan semula oleh komposer Audi Mok. Antara lagu yang dipilih adalah; Bercanda Dipasiran Pantai, Basikal Tua, Hidup Sederhana, Hoore! Hoore!, Salam Terakhir, Kasih, Milik Siapa Gadiskah Ini, Merisik Khabar, Ayah dan Ibu, Pelangi Petang, One Thousand Million Smiles, Anak Gembala, Terasing dan Balik Kampung.
Share this video :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Internet Radio | TV - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger